
Malam tadi geng-geng budak ngeteh a.k.a. aku punya batch ada buat solat hajat sambil makan-makan. Tom yam khas dari oghe selising . . special tuu. Pastu lepas solat isya' sambil nak rilek-rilek kepala sikit, maka ramai-ramai layan movie terbaek punye -"Jangan Tegur"- baru keluar kat Malaysia. Seram beb.
Nak dijadikan cerita, lepas habis tengok movie tu semua orang dah macam nak blah maka aku pun mintak diri jugak la nak balik rumah. Ingat nak balik dengan si jiran Juan Pablo, tapi beliau stay kat bangunan tu pulak sebab katanya banyak nota-nota exam yang boleh dibaca kat sana. Jalan sorang la nampaknya.
Sampai rumah, bukak pintu tengok-tengok lampu bilik dah terpasang. Eh rasa cam aku keluar tadi masih petang, takkan la pasang lampu pulak petang-petang? Ah, lantaklah mungkin tak perasan jari ter 'switch on' lampu ke tadi mane tau. Aku tgk jam baru pukul 11.30 malam.
"Sempat baca satu lecture note ni," -- ayat monolog time rajin.
Aku baring-baring atas katil sambil baca yang lecture Microbiology nombor satu. Baru baca separuh jalan kepala rasa pusing-pusing pulak dah. Ni mesti gara-gara movie tadi yang bagi effect kurang senonoh pada otak aku ni. Tambah pulak time tu aku dah menguap buat kali yang ke-17, maka aku rasa elok tidur dulu supaya physiology otak balik normal balik.
Tengah syok baring-baring tiba-tiba suasana sunyi semacam pulak dah. Aisehman, gawat dong! Kuat pulak effect movie tadi. Maka, aku terpaksa la pasang lagu sikit kat hanset nak kasi hilang sikit kesunyian yang menyengat tengah malam tu. Dan tiba-tiba . . Jeng . . Jeng . . Jeng . . Ape lagi mata pun terlelap la. Kih Kih Kih . .
Itulah sikit sebanyak cerpen seram ringkas yang bukan rekaan. Tapi tu bukan benda yang aku nak cerita sebenarnya. Cuma ada kaitan sikit yaitu pasal filem-filem seram kat Malaysia.
Dalam banyak-banyak genre filem yang disiar dan diterbit di Malaysia sana, aku tengok genre seram antara yang paling banyak dipilih oleh penerbit-penerbit filem. Banyak faktor yang mainkan peranan dalam hal ni, dan salah satunya aku rasa penerbit banyak melihat kepada target pasaran yang menguntungkan. Yang tu takleh disalahkan mereka jugak sebab pasaran ditentukan oleh masyarakat tu sendiri. Malah kajian ada mengatakan negara kita sangat kaya dengan nama-nama hantu iaitu dianggarkan ada 1000 jenis hantu wujud dalam masyarakat kita.
Cuma yang jadi masalah adalah bila budak-budak kecik yang sinonim dengan penakut, menonton filem camni diorang akan jadi lagi penakut. Kita perlu sedar sekarang ni filem memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat. Lambakan filem-fiem seram camni akan lebih memesongkan minda budak-budak sebenarnya. Mereka akan jadi lebih penakut. Jauh beza dengan kanak-kanak di negara-negara Islam yang lain. Malah dalam masyarakat Jordan kisah-kisah seram atau paranormal jarang sekali aku dengar. Mungkin sebab tu la kot rakyat mereka positif tentang hantu atau dengan kata lain mereka tidak menghiraukan kewujudan hantu.
Dalam mencari penyelesaian benda ni, iaitu tanpa mengabaikan faktor pasaran, aku rasa penerbit perlu memilih genre lain yang mampu bersaing dengan genre seram dan dalam masa yang sama mereka lihat juga pada perubahan. Contoh yang biasa aku tengok ialah macam filem komedi yang sempoi, tapi diselitkan juga dengan nilai-nilai yang sepatutnya. Dalam bab ni aku lebih suka pada filem Afdlin Shauki. Santai dan mesra umur.
Tapi kalau boleh biarla filem kita ada revolusi sikit beb. Contohnya jarang giler filem-filem Malaysia diadaptasikan dari sebuah novel. Jadi ape salahnya ambik novel yang diminati ramai macam novel Faisal Tehrani ke VT ke, kemudian adaptasikan menjadi sebuah filem. Tak pun buat filem berunsur investigation atau konspirasi dunia. Baru glokal sikit. Asalkan konspirasi yang berfakta. Dan untuk penerbit muslim, biarla ade revolusi sikit macam menerapkan unsur-unsur menutup aurat ke. Ni banyak aku tengok filem Malaysia semakin hari semakin mendedah tubuh . . ape kes?! Tambah sikit saham dalam kubur bai.
Dan ade banyak lagi sebenarnya jenis-jenis filem yang boleh dibawa dalam masyarakat Yang penting penerbit-penerbit filem ni sanggup revolusi dalam bidang mereka. Kata kunci adalah "mendidik"-- kerana melalui filem penerbit sebenarnya bertindak sebagai pendidik kepada masyarakat.
Read more...